GEMPIKAT
Edisi Khas Batik Siri Kedua : Kain Lepas Kepala Bangau Merah
Edisi Khas Batik Siri Kedua : Kain Lepas Kepala Bangau Merah
PILIH SAIZ SEBELUM BELI · Perlukan bantuan? Hubungi kami.
Maklumat pengambilan tidak dapat dimuatkan
PERINCIAN PRODUK +
Perincian Produk
Edisi Khas Batik Siri Kedua menampilkan seni Batik Canting dari Terengganu, meneruskan perjalanan Gempikat dalam meraikan warisan batik Malaysia selepas siri pertama, Batik Chop dari Kelantan.
Koleksi ini merupakan kolaborasi kedua bersama LoQue selepas D’SLUAR, menampilkan dua corak eksklusif, iaitu Keris dan Kepala Bangau, yang diinspirasikan oleh warisan dan seni tradisional Melayu.
Diperbuat daripada fabrik Viscose Cotton, kain ini serbaguna dan boleh digayakan mengikut kreativiti serta gaya tersendiri. Selain dijadikan kain sarung, kain ini juga boleh digayakan menjadi gaun, selendang, samping atau semutar, mahupun dimanfaatkan sebagai hiasan meja, seni hiasan dinding, beg dan pembalut yang unik.
Setiap corak mempunyai karakter fabrik yang berbeza. Kain Lepas Keris mempunyai fabrik yang tidak jarang (opaque), manakala Kain Lepas Kepala Bangau lebih nipis dan ringan dengan tahap kelegapan (opacity) sekitar 60%.
Setiap pembelian didatangkan bersama beg uncang eksklusif (drawstring pouch) yang menampilkan tandatangan khas LoQue, sebagai pelengkap istimewa bagi kolaborasi edisi terhad ini.
Dihasilkan dalam kuantiti terhad, koleksi ini tidak akan dikeluarkan semula setelah habis terjual.
Butiran Produk
Nama: Edisi Khas Batik Siri Kedua: Kain Lepas Kepala Bangau
Material: Viscose Cotton
Teknik: Batik Canting
Corak: Kepala Bangau
Ukuran: 242 cm (P) × 120 cm (L)
Kelegapan (Opacity): Sekitar 60% (Semi-Sheer / Sedikit Jarang)
Pembungkusan: Beg uncang eksklusif (drawstring pouch) dengan tandatangan LoQue
Keluaran: Edisi terhad
Penjagaan Kain
Cuci dengan tangan menggunakan detergen lembut.
Asingkan daripada pakaian lain semasa cucian pertama.
Elakkan penggunaan peluntur dan rendaman terlalu lama.
Elakkan menggosok atau menyental permukaan batik secara berlebihan.
Jemur di tempat teduh dan elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama.
Seterika pada suhu rendah yang sesuai untuk fabrik Viscose Cotton. Sebaiknya, seterika dari bahagian dalam kain.
Penafian Produk
TIADA PEMULANGAN, BAYARAN BALIK ATAU PERTUKARAN. SEMUA JUALAN ADALAH MUKTAMAD.
Setiap helaian batik dihasilkan menggunakan teknik canting secara manual. Oleh itu, variasi kecil pada corak, garisan canting, tona warna dan susunan corak mungkin berlaku sebagai sebahagian daripada keunikan proses pembuatan tangan.
Sedikit ketidaksempurnaan, perbezaan warna atau kesan pewarnaan mungkin wujud dan merupakan ciri yang boleh berlaku dalam penghasilan batik secara manual.
Kelegapan Fabrik (Opacity): Kain Lepas Kepala Bangau mempunyai fabrik yang lebih nipis dan ringan dengan tahap kelegapan sekitar 60% (semi-sheer). Fabrik mungkin kelihatan sedikit jarang, terutamanya apabila terkena cahaya. Penggunaan lapisan dalam disarankan sekiranya digayakan sebagai pakaian.
Warna sebenar produk mungkin sedikit berbeza daripada gambar yang dipaparkan disebabkan oleh pencahayaan fotografi dan tetapan skrin peranti. Setiap helaian mempunyai ciri tersendiri dan mungkin tidak seratus peratus sama dengan gambar produk.
Penghantaran
Penghantaran bagi produk ini akan bermula pada 3 November 2026. Sila ambil maklum bahawa pesanan akan diproses untuk penghantaran bermula pada tarikh tersebut.
Dengan membuat pembelian, pelanggan dianggap telah membaca dan memahami perincian produk, panduan penjagaan serta penafian yang dinyatakan di atas.
Kongsi
