DASAR PRIVASI
Tarikh Berkuat Kuasa : 01 February 2026
Tarikh Kemaskini Terakhir : 01 February 2026
STUDIO GEMALA (CA0354404-A), bersama jenama dan platform berkaitannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada gempikat.com) (“Syarikat”, “kami” atau “milik kami”), menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Dasar Privasi ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, berkongsi dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan laman web atau perkhidmatan kami, menyertai acara, atau berinteraksi dengan aktiviti pemasaran kami.
1. Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Cara Ia Diperoleh
Sepanjang menjalankan urusan perniagaan, kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kategori berikut:
a. Maklumat Pengenalan Diri
Seperti nama, umur, tarikh lahir, jantina, maklumat pengenalan diri (contohnya nombor MyKad atau pasport bagi tujuan pengesahan atau penyertaan peraduan) serta bahasa pilihan anda.
Sumber: Maklumat yang diberikan secara langsung oleh anda melalui borang, pendaftaran atau penyerahan maklumat.
b. Maklumat Untuk Dihubungi
Termasuk alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel dan nombor telefon.
Sumber: Maklumat yang diberikan oleh anda semasa pendaftaran akaun, proses pembelian atau ketika membuat pertanyaan.
c. Maklumat Transaksi
Maklumat berkaitan pembelian, sejarah pesanan, kaedah pembayaran serta penyertaan dalam program ganjaran pelanggan.
Sumber: Maklumat yang direkodkan secara automatik apabila transaksi dilakukan.
d. Maklumat Acara dan Media
Gambar, video atau rakaman audio yang diambil semasa acara, promosi, peraduan atau kempen yang dianjurkan atau disokong oleh pihak Syarikat.
Sumber: Rakaman yang dibuat semasa acara secara fizikal atau dalam talian.
e. Maklumat Teknikal dan Penggunaan
Termasuk alamat IP, jenis pelayar web, sistem pengendalian serta data yang dikumpulkan melalui kuki (cookies) atau teknologi seumpamanya.
Sumber: Maklumat yang dikumpulkan secara automatik apabila anda mengakses atau melayari laman web kami.
f. Maklumat Pemasaran dan Interaksi Pelanggan
Pilihan anda untuk menerima komunikasi, maklum balas terhadap kempen pemasaran serta interaksi anda melalui media sosial atau platform pemasaran kami.
Sumber: Maklumat yang diberikan secara langsung oleh anda atau direkodkan melalui sistem pengurusan hubungan pelanggan (CRM) dan sistem pemasaran kami.
Maklumat Wajib :
Maklumat tertentu seperti nama, butiran untuk dihubungi dan maklumat pembayaran diperlukan bagi memproses pesanan, mengurus akaun atau mengendalikan peraduan. Sekiranya maklumat tersebut tidak diberikan, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang diminta.
2. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
Data peribadi hanya akan diproses untuk tujuan perniagaan yang sah, termasuk:
-
Pemprosesan Pesanan dan Pengurusan Akaun
- Untuk memproses pembelian, mengurus akaun pelanggan, menghantar produk, dan menyediakan khidmat pelanggan.
-
Pemasaran dan Komunikasi - Untuk menghantar mesej promosi, surat berita, maklumat produk terkini serta tawaran khas yang disesuaikan dengan minat anda, sekiranya anda telah memberikan persetujuan.
-
Pengurusan Program Kesetiaan dan Ganjaran - Untuk merekod transaksi, mengira mata ganjaran serta mengurus program kesetiaan atau keahlian bagi jenama-jenama kami.
-
Analisis dan Penambahbaikan Perniagaan - Untuk menganalisis tingkah laku pelanggan serta menambah baik produk, perkhidmatan, platform dan keseluruhan pengalaman pelanggan.
-
Penggunaan untuk Tujuan Promosi dan Publisiti
Untuk menggunakan gambar, video atau rakaman yang diambil semasa acara bagi tujuan pemasaran, pengiklanan dan perhubungan awam melalui pelbagai saluran media, tanpa sebarang bayaran atau pampasan. -
Pematuhan Undang-undang dan Peraturan
Untuk memenuhi kewajipan undang-undang, mencegah penipuan serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, keperluan audit atau permintaan daripada pihak berkuasa.
Kami tidak akan memproses data peribadi anda untuk tujuan selain yang dinyatakan di atas, kecuali jika diwajibkan atau dibenarkan oleh undang-undang.
3. Pendedahan dan Perkongsian Data Peribadi
Data peribadi anda mungkin dikongsi dengan pihak ketiga yang dipercayai bagi tujuan yang dinyatakan di atas, termasuk:
-
Syarikat Bersekutu
Syarikat induk, anak syarikat serta entiti berkaitan kami, sama ada yang beroperasi di dalam atau di luar Malaysia. -
Penyedia Perkhidmatan
Pihak penyedia yang menyokong operasi perniagaan kami, termasuk sistem pengurusan hubungan pelanggan (CRM), platform ganjaran, alat pemasaran e-mel (EDM), perkhidmatan pengehosan laman web, perkhidmatan awan serta penyedia infrastruktur teknologi maklumat (IT). -
Rakan Kongsi Perniagaan dan Operasi
Penyedia perkhidmatan logistik, syarikat kurier, penyedia gerbang pembayaran serta institusi kewangan yang terlibat dalam pengurusan pesanan dan pemprosesan pembayaran. -
Rakan Kerjasama Pemasaran dan Acara
Penganjur bersama atau penaja bagi kempen, promosi atau acara. -
Penasihat Profesional dan Pihak Berkuasa
Juruaudit luar, penasihat undang-undang, perunding, badan kawal selia serta agensi penguatkuasaan undang-undang, apabila diwajibkan oleh undang-undang.
Pemindahan Data Merentas Sempadan
Sesetengah penyedia perkhidmatan kami mungkin beroperasi di luar Malaysia. Sekiranya data peribadi dipindahkan ke luar negara, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan tahap perlindungan data yang mencukupi atau mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.
4. Keselamatan, Penyimpanan dan Ketepatan Data
Langkah-langkah Keselamatan
Kami melaksanakan langkah perlindungan dari segi pentadbiran, teknikal dan fizikal yang sewajarnya bagi melindungi data peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan atau pendedahan maklumat. Langkah ini termasuk kawalan akses, penggunaan pelayan yang selamat, penyulitan data serta dasar perlindungan data dalaman.
Tempoh Penyimpanan Data
Data peribadi hanya akan disimpan selama tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan pengumpulannya atau mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Apabila tidak lagi diperlukan, data tersebut akan dipadam atau dimusnahkan dengan selamat.
Ketepatan Data
Kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkini. Anda digalakkan untuk memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda.
5. Cookies dan Teknologi Automatik
Laman web kami menggunakan kuki (cookies) dan teknologi seumpamanya untuk meningkatkan fungsi laman web serta pengalaman pengguna. Teknologi ini mungkin digunakan untuk tujuan berikut:
-
Operasi Penting
Seperti mengekalkan sesi log masuk, fungsi troli membeli-belah dan keselamatan laman web. -
Analisis dan Pemperibadian
Untuk menganalisis trafik laman web, memahami tingkah laku pengguna serta menyesuaikan kandungan atau iklan berdasarkan minat anda.
Anda boleh mengurus atau menyahaktifkan kuki melalui tetapan pelayar web anda. Namun, perlu diingat bahawa menyahaktifkan kuki penting mungkin menjejaskan prestasi dan fungsi laman web.
6. Hak anda dibawah PDPA
Tertakluk pada undang-undang yang berkuat kuasa, anda mempunyai hak untuk:
Memohon akses kepada data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
Memohon pembetulan terhadap maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini..
Menarik semula kebenaran untuk akses data tertentu.
Permintaan akan dikendalikan mengikuti tempoh masa yang ditentukan dibawah akta PDPA
7. Kemas Kini, Pertanyaan dan Maklumat untuk Dihubungi
Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dikemas kini di laman web kami. Dengan terus menggunakan perkhidmatan kami, anda dianggap telah menerima dasar yang dikemas kini.
Untuk sebarang pertanyaan, aduan atau permohonan berkaitan akses kepada data peribadi, pembetulan maklumat atau penarikan balik persetujuan, sila hubungi:
Khidmat Pelanggan
gempikat@gmail.com