SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Panduan Membuat Pesanan:

Untuk membeli produk Gempikat:

  1. Layari gempikat.com.
  2. Klik ‘SHOP’.
  3. Pilih produk yang ingin dibeli.
  4. Klik ‘ADD TO CART’.
  5. Teruskan membeli-belah untuk menambah produk lain ke dalam troli.
  6. Jika telah selesai, klik ikon troli di bahagian atas kanan halaman.
  7. Klik ‘CHECK OUT’.
  8. Lengkapkan ‘BILLING DETAILS’.
  9. Pilih kaedah pembayaran yang tersedia: Bank Transfer atau Online Banking (BillPlz).
  10.     Klik ‘PLACE ORDER’ untuk melengkapkan pesanan.

Bolehkah saya menukar atau membatalkan pesanan selepas membuat pembelian?

Tidak. Pesanan akan diproses sebaik sahaja pesanan dibuat. Oleh itu, sila pastikan pilihan anda adalah tepat sebelum membuat pesanan.

Bolehkah saya menukar alamat penghantaran?

Anda boleh membuat perubahan alamat penghantaran dalam tempoh 1 jam selepas pesanan dibuat. Sila hubungi kami melalui DM Instagram atau WhatsApp di +6018-367 3685 untuk membuat perubahan

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pembayaran saya ditolak?

Pastikan maklumat bil yang dimasukkan sepadan dengan maklumat yang telah anda masukkan ke dalam sistem kami. Jika masalah masih berlaku, anda boleh memilih kaedah Direct Bank Transfer sebagai alternatif.

Apakah kaedah pembayaran yang tersedia?

Kami menyediakan dua kaedah pembayaran:

Direct Bank Transfer (Selepas membuat pesanan, anda boleh membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian atau CDM. Sila e-melkan bukti pembayaran kepada kami untuk membolehkan pesanan anda diproses.)

Billplz ( Billplz ialah gerbang pembayaran dalam talian yang menerima pembayaran bagi transaksi atas talian melalui kad kredit/debit, Maybank QRPay, TnG e-Wallet atau Internet Banking (FPX)).

Adakah Gempikat menyediakan pembayaran Cash On Delivery (COD)?

Maaf, buat masa ini semua transaksi pembayaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian.


PENGHANTARAN

Berapa lama masa yang diperlukan untuk pesanan saya sampai?

Pesanan akan dihantar keluar pada setiap Isnin hingga Jumaat. Pesanan biasanya akan sampai pada hari berikutnya. Walau bagaimanapun, sila berikan tempoh sehingga 5 hari bekerja untuk pesanan anda sampai. Proses penghantaran mungkin mengalami sedikit kelewatan semasa tempoh promosi dan tawaran istimewa.

Adakah Gempikat menyediakan penghantaran antarabangsa?

Ya, kami menyediakan penghantaran ke negara-negara terpilih. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penghantaran antarabangsa mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk sampai.

 

PEMULANGAN & PENUKARAN

Polisi pemulangan & penukaran.

Saya telah membeli saiz atau warna yang salah. Bolehkah saya membuat pertukaran?

Maaf, semua jualan adalah muktamad dan pertukaran tidak dapat dilakukan.

Saya menerima barangan yang rosak atau item yang salah. Apa yang perlu saya lakukan?

Sila e-melkan kepada kami di hello@gempikat.com dalam tempoh 7 hari selepas menerima pesanan, berserta gambar item yang rosak atau salah, maklumat pesanan dan resit pembelian.

Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam selepas menerima e-mel anda.

Saya mempunyai soalan lain yang tidak disenaraikan di sini. Siapakah yang boleh saya hubungi?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami melalui e-mel di hello@gempikat.com. Kami sedia membantu anda.


PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN

Kaedah Pembayaran

Kami menerima pembayaran melalui pemindahan bank secara terus (mesin deposit tunai), perbankan dalam talian (Billplz), kad kredit dan kad debit.

Maklumat Penghantaran

Penghantaran lokal


LOKASI

KOS PENGHANTARAN

DURASI (HARI BEKERJA)

Peninsular Malaysia

RM10

1-3 Hari

Sabah dan Sarawak

RM15

3-5 Hari

 

Pemulangan & Penukaran

Pemulangan 

Kami tidak menerima pemulangan atau bayaran balik atas faktor kebersihan, kecuali bagi item yang diterima dalam keadaan rosak atau mempunyai kecacatan.

Untuk membuat tuntutan bayaran balik, item yang rosak atau cacat perlu dipulangkan kepada kami terlebih dahulu. Setelah item tersebut diterima, kami akan memproses bayaran balik dalam bentuk kredit kedai (store credit) yang bersamaan dengan nilai pembelian item tersebut.

Sekiranya anda merasakan pesanan anda layak untuk bayaran balik, sila e-melkan kepada kami di hello@gempikat.com. Sebarang aduan hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas item diterima.

Penukaran

Kami sentiasa memastikan setiap produk berada dalam keadaan baik sebelum dihantar. Pertukaran hanya diterima sekiranya item yang diterima rosak atau mempunyai kecacatan, tidak termasuk kerosakan pada pembungkusan.

  • Item mestilah belum digunakan dan masih dalam pembungkusan asal.
  • Item tidak boleh ditukar kepada warna atau produk yang berbeza, walaupun mempunyai harga yang sama.
  • Item hendaklah diposkan semula dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima penghantaran tempatan. Permohonan pertukaran selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.
  • Pertukaran item adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.
  • Untuk membuat permohonan pertukaran, sila e-melkan kepada kami di hello@gempikat.com dengan menyertakan nombor pesanan dan gambar produk.
  • Kami tidak dapat menawarkan penggantian atas sebab-sebab lain, seperti perubahan pilihan atau citarasa.

Item jualan promosi (sale items) adalah jualan muktamad dan tidak boleh dipulangkan atau ditukar.

 

Semua pemulangan hendaklah dibuat kepada pihak kami.

Sila DM kami untuk mendapatkan alamat penuh pemulangan.

STUDIO GEMALA (CA0354404-A)

Isnin hingga Jumaat
11:00 pagi hingga 6:00 petang
(Tidak termasuk cuti umum)

+6018-367 3685

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:

E-mel: hello@gempikat.com
WhatsApp: +6018-367 3685