GEMPIKAT
Gempikat berasal daripada gabungan perkataan Melayu “Gema” dan “Pikat”, yang membawa maksud “gema tarikan”.
Gempikat bermula pada September 2021, ketika dunia masih berdepan dengan cabaran pandemik. Sambil menguruskan ‘bayi’ kesayangannya, SO.LEK, Dahlia mula terfikir untuk mencari satu ‘side hustle’. Setelah berbincang dengan insan-insan tersayang, dia akhirnya memberanikan diri untuk mencuba.
Sejak dulu lagi, Dahlia menyimpan impian untuk memiliki jenama pakaian sendiri, didorong oleh kecintaannya terhadap fesyen serta tradisi dan warisan Malaysia. Baginya, gaya yang menarik adalah gabungan elemen tradisional atau vintaj dengan sentuhan moden.
“Gabungan gaya tradisional atau vintaj dengan sentuhan moden. Saya suka menggabungkan trend terkini dengan elemen vintaj yang mencerminkan diri saya.”
Antara inspirasi fesyen Dahlia ialah Ibu tersayang, arwah Mek dan suaminya, LoQue.
Dahlia ingin menghasilkan pakaian yang mudah digayakan dan sesuai untuk pelbagai bentuk serta saiz. Seperti katanya, “Ini projek kecil SYOK SENDIRI saya!” — jadi setiap helaian mestilah sesuatu yang dia sendiri akan pakai.
Seperti SO.LEK, sebahagian daripada hasil jualan setiap produk Gempikat akan disalurkan kepada NGO tempatan dan/atau organisasi kebajikan.