Collection: TIADA YANG SEMPURNA

Sebuah koleksi yang memfokuskan bahawasanya, hidup ini tiada yang sempurna.


Ikatan sesama manusia mahupun segala barangan yang kita miliki, tiada yang sempurna, hanya perasaan yang kita rasai dan alami.


Semakin seseorang itu mencari kesempurnaan, semakin kecewa jadinya kerana apa yang dia jumpa hanyalah kekurangan.


Manusia yang sempurna bukanlah manusia yang tiada salah, tetapi adalah manusia yang biasa belajar dari kesalahannya untuk mencapai kesempurnaan.


Justeru itu, kami ingin mencipta NEWstalgia yang kekal, dan semoga ia akan lebih yakin, taat, jujur dan tulus.