Collection: EDISI KHAS BATIK SIRI KEDUA
Seni Warisan, Terukir dalam Corak
Batik bukan sekadar kain bercorak. Ia sebahagian daripada cerita kita, tentang tradisi, seni dan warisan yang terus hidup merentas zaman.
Dari Terengganu, seni Batik Canting menghidupkan setiap helaian melalui sentuhan tangan dan ketelitian pada setiap garisan. Setiap corak membawa keunikan tersendiri, menjadikan setiap helaian sebuah karya yang istimewa.
Di Gempikat, warisan Melayu bertemu dengan identiti kami sendiri. Keris dan kepala bangau membawa makna tersendiri dalam perjalanan kami meraikan seni, budaya dan jati diri tempatan.
Selepas D’SLUAR, Gempikat dan LoQue kembali dengan kolaborasi kedua, mengangkat seni Batik Canting dari Terengganu sebagai sebahagian daripada perjalanan kami meraikan warisan tempatan.