{"product_id":"batik-keris-biru-gelap","title":"Edisi Khas Batik Siri Kedua : Kain Lepas Keris Biru Gelap","description":"\u003cp\u003e\u003cstrong\u003ePerincian Produk\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eEdisi Khas Batik Siri Kedua menampilkan seni Batik Canting dari Terengganu, meneruskan perjalanan Gempikat dalam meraikan warisan batik Malaysia selepas siri pertama, Batik Chop dari Kelantan.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKoleksi ini merupakan kolaborasi kedua bersama LoQue selepas D’SLUAR, menampilkan dua corak eksklusif, iaitu Keris dan Kepala Bangau, yang diinspirasikan oleh warisan dan seni tradisional Melayu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDiperbuat daripada fabrik \u003cem\u003eViscose Cotton\u003c\/em\u003e, kain ini serbaguna dan boleh digayakan mengikut kreativiti serta gaya tersendiri. Selain dijadikan kain sarung, kain ini juga boleh digayakan menjadi gaun, selendang, samping atau semutar, mahupun dimanfaatkan sebagai hiasan meja, seni hiasan dinding, beg dan pembalut yang unik.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap corak mempunyai karakter fabrik yang berbeza. Kain Lepas Keris mempunyai fabrik yang tidak jarang \u003cem\u003e(opaque)\u003c\/em\u003e, manakala Kain Lepas Kepala Bangau lebih nipis dan ringan dengan tahap kelegapan \u003cem\u003e(opacity)\u003c\/em\u003e sekitar 60%.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDihasilkan dalam kuantiti terhad, koleksi ini tidak akan dikeluarkan semula setelah habis terjual.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eButiran Produk\u003c\/strong\u003e\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eNama:\u003c\/strong\u003e Edisi Khas Batik Siri Kedua: Kain Lepas Keris\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eMaterial:\u003c\/strong\u003e Viscose Cotton\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eTeknik:\u003c\/strong\u003e Batik Canting\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eCorak:\u003c\/strong\u003e Keris\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eUkuran:\u003c\/strong\u003e 242 cm (P) × 106 cm (L)\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eKelegapan (Opacity):\u003c\/strong\u003e \u003cem\u003eOpaque\u003c\/em\u003e (Tidak Jarang)\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eKeluaran:\u003c\/strong\u003e Edisi terhad\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003ePenjagaan Kain\u003c\/strong\u003e\u003cbr\u003eCuci dengan tangan menggunakan detergen lembut.\u003cbr\u003eAsingkan daripada pakaian lain semasa cucian pertama.\u003cbr\u003eElakkan penggunaan peluntur dan rendaman terlalu lama.\u003cbr\u003eElakkan menggosok atau menyental permukaan batik secara berlebihan.                                                       Jemur di tempat teduh dan elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama.\u003cbr\u003eSeterika pada suhu rendah yang sesuai untuk fabrik Viscose Cotton. Sebaiknya, seterika dari bahagian dalam kain.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003ePenafian Produk\u003c\/strong\u003e\u003cbr\u003e\u003cstrong\u003eTIADA PEMULANGAN, BAYARAN BALIK ATAU PERTUKARAN. SEMUA JUALAN ADALAH MUKTAMAD.\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap helaian batik dihasilkan menggunakan teknik canting secara manual. Oleh itu, variasi kecil pada corak, garisan canting, tona warna dan susunan corak mungkin berlaku sebagai sebahagian daripada keunikan proses pembuatan tangan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSedikit ketidaksempurnaan, perbezaan warna atau kesan pewarnaan mungkin wujud dan merupakan ciri yang boleh berlaku dalam penghasilan batik secara manual.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eKelegapan Fabrik (Opacity):\u003c\/strong\u003e Tahap kelegapan berbeza mengikut corak. Kain Lepas Keris mempunyai fabrik yang tidak jarang \u003cem\u003e(opaque)\u003c\/em\u003e, manakala Kain Lepas Kepala Bangau mempunyai tahap kelegapan sekitar 60% dan mungkin kelihatan sedikit jarang apabila terkena cahaya. Penggunaan lapisan dalam disarankan bagi Kain Lepas Kepala Bangau sekiranya digayakan sebagai pakaian.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eWarna sebenar produk mungkin sedikit berbeza daripada gambar yang dipaparkan disebabkan oleh pencahayaan fotografi dan tetapan skrin peranti.\u003cbr\u003eSetiap helaian mempunyai ciri tersendiri dan mungkin tidak seratus peratus sama dengan gambar produk.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003ePenghantaran\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePenghantaran bagi produk ini akan bermula pada 3 November 2026. Sila ambil maklum bahawa pesanan akan diproses untuk penghantaran bermula pada tarikh tersebut.\u003cbr\u003eDengan membuat pembelian, pelanggan dianggap telah membaca dan memahami perincian produk, panduan penjagaan serta penafian yang dinyatakan di atas.\u003c\/p\u003e","brand":"GEMPIKAT","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47080695529519,"sku":null,"price":219.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0566\/1881\/1439\/files\/8AA682E0-E689-4668-BE2A-23F2BF3D5B7B.png?v=1793248553","url":"https:\/\/gempikat.com\/en\/products\/batik-keris-biru-gelap","provider":"GEMPIKAT","version":"1.0","type":"link"}